Info Semasa

fasiLINUS  dunaizi

13 Jun 2011

PELAKSANAAN SARINGAN 2 DAN SARINGAN 5 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 2, 2011


Dengan hormatnya surat Kementerian Pelajaran Malaysia Ruj. KP (TKPP-SOP) 801/001/10(94) bertarikh 2 Jun 2011 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sehubungan dengan itu, disertakan SATU   (1) CD Instrumen Literasi  dan Numerasi bagi Saringan 2 dan Saringan 5, murid LINUS Tahun 1 dan Tahun 2, 2011. CD tersebut juga mengandungi panduan pelaksanaan saringan LINUS.

3. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi Pegawai Khas Kurikulum                            ( FasiLINUS ) atau di laman blog http://celikhurufceliknombor.blogspot.com.

4.  Kerjasama pihak tuan adalah dimohon untuk mengambil tindakan seperti di Lampiran A. Selain itu, pihak sekolah juga dimohon untuk membaca manual dan memahaminya terlebih dahulu sebelum melaksanakan saringan tersebut.

Segala kerjasama dan sokongan daripada tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan