Info Semasa

fasiLINUS  dunaizi

17 April 2011

Pengisian Data Saringan 1 dan Saringan 4 2011


Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan Portal NKRA telah dapat beroperasi bagi pengisian data Saringan 1 dan Saringan 4 tahun 2011. Pihak sekolah boleh mengisi data tersebut bermula 11 April 2011 hingga 18 April 2011.

2.         Sehubungan itu, setiausaha atau penolong setiausaha LINUS sekolah tuan diminta menghadiri satu taklimat bagi tujuan pemurniaan data sebagaimana ketetapan berikut:
                       
Tarikh             : 19 April 2011 (Selasa)
                        Masa                : 8.30 pagi
                        Tempat            : Makmal Komputer SMK Tok Janggut, Pasir Puteh

3.           Tuan juga diminta membawa komputer riba, broadband ( jika ada ), data SMM yang telah dieksport (dalam bentuk ZIP FILE - mohon bantuan daripada guru SMM sekolah untuk tujuan eksport) dan membaca manual pengisian data yang boleh dimuat turun daripada Portal NKRA dan pada http://celikhurufceliknombor.blogspot.com (klik di sini untuk muat turun manual pengisian data) bagi tujuan pengisian data tersebut.


4.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi Encik Dunaizi bin Jusoh di talian 013-9601968 atau Pn. Hafzan bt Hussin di talian 0139166890.

Segala kerjasama dan sokongan daripada tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan