Info Semasa

fasiLINUS  dunaizi

10 Mac 2011

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Literasi & Numerasi (LINUS), Jabatan Pelajaran Negeri Bersama Pejabat Pelajaran Daerah

Dalam usaha menyelaras, mengemaskini dan menyebarkan maklumat terkini pelaksanaan LINUS, NKRA di peringkat JPN dan PPD serta memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, Sektor Pengurusan Akademik, JPN akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan seperti butiran berikut:
       
           Tarikh : 16 Mac 2011
           Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
           Tempat : Dewan Seminar, PPD Pasir Puteh, Kelantan.

2.  Sehubungan itu, pihak urus setia memohon jasa baik tuan agar dapat memberi keizinan kepada Pegawai Meja LINUS dan Pegawai Khas Kurikulum ( FasiLINUS ) LINUS yang terlibat secara langsung dengan Program LINUS untuk hadir dan menjayakan mesyuarat ini.

3. Tujuan mesyuarat diadakan adalah:

         3.1 Menyelaras format pelaporan dan tindakan susulan
         3.2 Menyelaras perancangan strategik
         3.3 Membuat sumbangsaran dalam usaha mempertingkatkan lagi Program LINUS

4. Di minta pihak tuan dapat menyediakan perancangan strategik, analisa keputusan Saringan 3 serta laporan lengkap pencapaian LINUS  tahun 2010.

Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan