Info Semasa

fasiLINUS  dunaizi

25 Januari 2012

Saringan Khas Peringkat PPD Pasir Puteh

Maklumat berkaitan:

1. Menggunakan instrumen saringan 3 dan saringan 6.

2. Perlu menghantar keputusan sebelum 2 Februari 2012, jam 12.00 tengah hari.

3. Sasaran, murid-murid tahun 3 ( Kohort 1 ) dan tahun 2 ( Kohort 2 ) yang belum melepasi saringan 3 dan saringan 6.

4. Sebarangan pertanyaan, sila hubungi pegawai FasiLINUS.

Harap maklum.

19 Januari 2012

Mesyuarat LINUS Bil 1/2012

Tarikh : 19 Januari 2012

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Seminar, PPD Pasir Puteh

10 Januari 2012

Maklumat Guru LINUS 2012

Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh dan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan sedang mengumpul maklumat Guru Literasi dan Numerasi bagi tahun 2012.

...2.      Bersama-sama ini dikembarkan lampiran  berkaitan untuk makluman dan tindakan tuan. Borang maklumat guru (klik di sini untuk dapatkan borang tersebut ) LINUS hendaklah disediakan dalam bentuk “soft copy” mengikut format yang disediakan dan hendaklah dihantar kepada pegawai fasiLINUS di alamat emel fasilinuspasirputeh@gmail.com sebelum atau pada 15 Januari 2012.

Segala kerjasama dan sokongan daripada tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.