Info Semasa

fasiLINUS  dunaizi

7 Ogos 2011

PERMURNIAN DATA SARINGAN 2 DAN SARINGAN 5

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan Portal NKRA telah dapat beroperasi bagi pengisian data Saringan 2 dan Saringan 5 tahun 2011. Pihak sekolah boleh mengisi data tersebut bermula 01 Ogos 2011 hingga 9 Ogos 2011.

2.         Sehubungan itu, setiausaha atau penolong setiausaha LINUS sekolah tuan diminta menghadiri satu taklimat bagi tujuan pemurniaan data sebagaimana ketetapan berikut:
                       
Tarikh             : 10 Ogos 2011 (Rabu)
                        Masa               : 9.00 pagi
                        Tempat            : Makmal Komputer SK Gaal, Pasir Puteh
3.           Tuan juga diminta membawa data yang dicetak daripada Portal NKRA (disahkan oleh Guru Besar), Borang Pelaporan Prestasi Individu (BPPI/BPI), komputer riba, broadband ( jika ada ) dan membaca manual pengisian data yang boleh dimuat turun daripada Portal NKRA dan pada http://celikhurufceliknombor.blogspot.com bagi tujuan pengisian data tersebut.


4.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi Pegawai FasiLINUS

Segala kerjasama dan sokongan daripada tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.