Info Semasa

fasiLINUS  dunaizi

15 Jun 2011

HEADCOUNT LINUS

Salam kepada semua guru LINUS,

   Tuan/puan diminta melengkapkan headcount LINUS untuk saringan 4. Borang tersebut boleh dimuat turun di SINI (BORANG HEADCOUNT LINUS). Headcount tersebut hendaklah dihantar kepada pegawai LINUS sebelum atau pada 16 Jun 2011 jam 12.45 tengah hari. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

13 Jun 2011

TINDAKAN SEKOLAH DALAM SARINGAN 2 DAN SARINGAN 5, 2011


     Mencetak dua ( 2 ) salinan Instrumen Saringan 2 Literasi Membaca dan Manual Instrumen Literasi Membaca serta satu ( 1 ) satu salinan Manual Am  bagi setiap guru yang mengajar kelas LINUS (Literasi) Tahun 1.

2.  Mencetak dua ( 2 ) salinan Instrumen Saringan 5 Literasi Membaca dan Manual Instrumen Literasi Membaca serta satu ( 1 ) satu salinan Manual Am  bagi setiap guru yang mengajar kelas LINUS (Literasi) Tahun  2.

3.  Mencetak dua ( 2 ) salinan Instrumen Saringan 2 Numerasi Lisan dan Manual Instrumen Numerasi Lisan serta satu ( 1 ) satu salinan Manual Am  bagi setiap guru yang mengajar kelas LINUS (Numerasi) Tahun 1.

4.  Mencetak dua ( 2 ) salinan Instrumen Saringan 5 Numerasi Lisan dan Manual Instrumen Numerasi Lisan serta satu ( 1 ) satu salinan Manual Am  bagi setiap guru yang mengajar kelas LINUS (Numerasi) Tahun 2.

5.  Mencetak Borang Pelaporan Penguasaan Individu mengikut bilangan murid LINUS yang tidak memiliki borang ini bagi Tahun 1 dan murid LINUS bagi Tahun 2 ( borang dilampirkan di belakang bahagian manual )

6.  Saringan 2 dan Saringan 5, LISAN ( Literasi dan Numerasi ) ini perlu dilaksanakan mulai :

6.1 Tarikh : 19 Jun hingga 22 Julai 2011.

7.  Saringan 2 dan Saringan 5, BERTULIS ( Literasi dan Numerasi ) ini perlu dilaksanakan mulai :
     
7.1 Tarikh : 24 Julai hingga 29 Julai 2011.

8.  Memasukkan data Saringan 2 dan Saringan 5 mulai :

8.1 Tarikh : 1 Ogos hingga 12 Ogos 2011.
.

PELAKSANAAN SARINGAN 2 DAN SARINGAN 5 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 2, 2011


Dengan hormatnya surat Kementerian Pelajaran Malaysia Ruj. KP (TKPP-SOP) 801/001/10(94) bertarikh 2 Jun 2011 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sehubungan dengan itu, disertakan SATU   (1) CD Instrumen Literasi  dan Numerasi bagi Saringan 2 dan Saringan 5, murid LINUS Tahun 1 dan Tahun 2, 2011. CD tersebut juga mengandungi panduan pelaksanaan saringan LINUS.

3. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi Pegawai Khas Kurikulum                            ( FasiLINUS ) atau di laman blog http://celikhurufceliknombor.blogspot.com.

4.  Kerjasama pihak tuan adalah dimohon untuk mengambil tindakan seperti di Lampiran A. Selain itu, pihak sekolah juga dimohon untuk membaca manual dan memahaminya terlebih dahulu sebelum melaksanakan saringan tersebut.

Segala kerjasama dan sokongan daripada tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.