Info Semasa

fasiLINUS  dunaizi

23 Mei 2011

Maklum Balas Penerimaan Modul LINUS

Pihak sekolah diminta mengambil tindakan dan menghantar BORANG yang berkaitan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh sebelum atau pada 26 Mei 2011.

Sekian, harap maklum

Pemantauan LINUS ke SK Telosan

Tarikh : 23 Mei 2011
Masa : 8.00 pagi
Pegawai terlibat :
                           1. En Ehsam Mat Husin
                           2. En. Saharuddin Abdullah
                           3. En. Dunaizi Jusoh
                           4. Pn. Hafzan Husin
                           5. Pn. Noriana Abu Bakar
                           6. YM Tg Norasiah Tg Yunus

Post Mortem Saringan 1 & Saringan 4 2011

Sukacita dimaklumkan perkara di atas dirujuk.

2.            Sehubungan dengan itu, tuan diminta menghantar  Penolong Kanan Pentadbiran ( tanpa wakil ) untuk menghadiri mesyuarat post-mortem yang akan diadakan seperti mana ketetapan berikut:
                              Tarikh                 : 22 Mei 2011 (Ahad)
                              Masa                    : 9.00 pagi
                              Tempat                : Dewan Seminar, PPD Pasir Puteh

3.            Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi Encik Dunaizi bin Jusoh di talian 013-9601968 atau Pn. Hafzan bt Hussin di talian 0139166890.

9 Mei 2011

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI GURU-GURU LITERASI DAN NUMERASI KUMPULAN 2

Saya ingin menarik perhatian tuan berkenaan surat No. Rujukan KP(BPG)9131/600/20/4 Jld 4 ( 2 ) bertarikh 28 Mac 2011 berkenaan dengan Kursus Pemantapan Kurikulum dan Pedagogi Guru-Guru Literasi dan Numerasi dari Sekolah yang Pencapaian Saringan 3, 2010 Di bawah 70%.

2.         Sehubungan itu, dipanjangkan surat berkenaan dan senarai nama guru yang akan menghadiri kursus tersebut. Kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh              : 10 – 11  MEI 2011
                        Tempat             : JUITA INN, KOTA BHARU
                        Masa                : 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
                        Lapor Diri         : 10.05.2011 ( 8.30 PAGI )

3.         Sehubungan itu, tuan dipohon memberi pelepasan kepada guru berikut untuk menghadiri kursus tersebut mengikut ketetapan yang telah dinyatakan di atas. Guru yang disenaraikan adalah  DIWAJIBKAN hadir ke kursus tersebut. Peserta diminta membawa bersama Modul Asas 1 dan Asas 2 serta Komputer Riba semasa kursus dijalankan.

4.         Untuk makluman tuan, segala urusan penginapan, makan dan minum semasa kursus disediakan secara pakej. Tuntutan perjalanan semasa menghadiri kursus tersebut adalah satu tempat duduk dalam teksi. Sila bawa bersama surat panggilan kursus dan salinan buku akaun bank untuk tujuan tuntutan perjalanan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas sila hubungi En. Ehsham bin Mat Hussin, Penolong Pengarah Kurikulum ( Bahasa Melayu ) di talian 012-763 5418 atau En. Saharuddin bin Abdullah, Penolong Pengarah ( Matematik ) di talian 019-9386924.

5.         Kerjasama tuan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI GURU-GURU LITERASI DAN NUMERASI KUMPULAN 1

Saya ingin menarik perhatian tuan berkenaan surat No. Rujukan KP(BPG)9131/600/20/4 Jld 4 ( 2 ) bertarikh 28 Mac 2011 berkenaan dengan Kursus Pemantapan Kurikulum dan Pedagogi Guru-Guru Literasi dan Numerasi dari Sekolah yang Pencapaian Saringan 3, 2010 Di bawah 70%.

2.         Sehubungan itu, dipanjangkan surat berkenaan dan senarai nama guru yang akan menghadiri kursus tersebut. Kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh              : 8 – 10 MEI 2011
                        Tempat             : DEMONG BEACH RESORT, BESUT, TERENGGANU
                        Masa                : 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
                        Lapor Diri         : 08.05.2011 ( 2.00 Petang )