Info Semasa

fasiLINUS  dunaizi

17 April 2011

Pengisian Data Saringan 1 dan Saringan 4 2011


Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan Portal NKRA telah dapat beroperasi bagi pengisian data Saringan 1 dan Saringan 4 tahun 2011. Pihak sekolah boleh mengisi data tersebut bermula 11 April 2011 hingga 18 April 2011.

2.         Sehubungan itu, setiausaha atau penolong setiausaha LINUS sekolah tuan diminta menghadiri satu taklimat bagi tujuan pemurniaan data sebagaimana ketetapan berikut:
                       
Tarikh             : 19 April 2011 (Selasa)
                        Masa                : 8.30 pagi
                        Tempat            : Makmal Komputer SMK Tok Janggut, Pasir Puteh

3.           Tuan juga diminta membawa komputer riba, broadband ( jika ada ), data SMM yang telah dieksport (dalam bentuk ZIP FILE - mohon bantuan daripada guru SMM sekolah untuk tujuan eksport) dan membaca manual pengisian data yang boleh dimuat turun daripada Portal NKRA dan pada http://celikhurufceliknombor.blogspot.com (klik di sini untuk muat turun manual pengisian data) bagi tujuan pengisian data tersebut.


4.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi Encik Dunaizi bin Jusoh di talian 013-9601968 atau Pn. Hafzan bt Hussin di talian 0139166890.

Segala kerjasama dan sokongan daripada tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

10 April 2011

TAKLIMAT PELAKSANAAN INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubung itu, Guru Pemulihan Khas diminta hadir dalam taklimat tersebut pada tarikh seperti berikut:

                               Tarikh : 12 April 2011
                               Masa : 09:30 pagi
                               Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Seri Aman

3. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan adalah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

4 April 2011

Tarikh Saringan Tahun 2011


Berikut adalah tarikh-tarikh Saringan LINUS 2011:

SARINGAN 4(TAHUN 2) DAN SARINGAN 1(TAHUN 1)
LISAN/MEMBACA 27/2 HINGGA 31/3
BERTULIS 4/4 HINGGA 8/4
ISI DATA 11/4 HINGGA 22/4

SARINGAN 5(TAHUN 2) DAN SARINGAN 2(TAHUN 1)
LISAN/MEMBACA 19/6 HINGGA 22/7
BERTULIS 24/7 HINGGA 29/7
ISI DATA 1/8 HINGGA 12/8

SARINGAN 6(TAHUN 2) DAN SARINGAN 3(TAHUN 1)
LISAN/MEMBACA 2/10 HINGGA 21/10
BERTULIS 30/10 HINGGA 4/11
ISI DATA 7/11 HINGGA 11/11

Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan