Info Semasa

fasiLINUS  dunaizi

29 Mac 2011

PENGAGIHAN INSTRUMEN SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4 (BERTULIS) DAN PENGAGIHAN MODUL TAHUN 1 DAN TAHUN 2 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS), 2011

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sehubungan itu, setiausaha atau penolong setiausaha LINUS sekolah tuan diminta menghadiri taklimat tersebut sebagaimana ketetapan berikut:

                        Tarikh            : 31 Mac 2011 ( Khamis )
                        Masa               : 8.30 pagi
                        Tempat           : Dewan Seminar PPD Pasir Puteh

3.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, sila hubungi Encik Dunaizi bin Jusoh di talian 013-9601968 atau Pn. Hafzan bt Hussin di talian 0139166890.

Segala kerjasama dan sokongan daripada tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

10 Mac 2011

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Literasi & Numerasi (LINUS), Jabatan Pelajaran Negeri Bersama Pejabat Pelajaran Daerah

Dalam usaha menyelaras, mengemaskini dan menyebarkan maklumat terkini pelaksanaan LINUS, NKRA di peringkat JPN dan PPD serta memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, Sektor Pengurusan Akademik, JPN akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan seperti butiran berikut:
       
           Tarikh : 16 Mac 2011
           Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
           Tempat : Dewan Seminar, PPD Pasir Puteh, Kelantan.

2.  Sehubungan itu, pihak urus setia memohon jasa baik tuan agar dapat memberi keizinan kepada Pegawai Meja LINUS dan Pegawai Khas Kurikulum ( FasiLINUS ) LINUS yang terlibat secara langsung dengan Program LINUS untuk hadir dan menjayakan mesyuarat ini.

3. Tujuan mesyuarat diadakan adalah:

         3.1 Menyelaras format pelaporan dan tindakan susulan
         3.2 Menyelaras perancangan strategik
         3.3 Membuat sumbangsaran dalam usaha mempertingkatkan lagi Program LINUS

4. Di minta pihak tuan dapat menyediakan perancangan strategik, analisa keputusan Saringan 3 serta laporan lengkap pencapaian LINUS  tahun 2010.

Sekian, harap maklum.

2 Mac 2011

TINDAKAN SEKOLAH DALAM SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4, 2011

1.     1.   Mencetak dua ( 2 ) salinan Instrumen Saringan 1 Literasi Membaca dan Manual Instrumen Literasi Membaca serta satu ( 1 ) satu salinan Manual Am  bagi setiap guru Bahasa Malaysia Tahun 1.

2.      2.  Mencetak dua ( 2 ) salinan Instrumen Saringan 4 Literasi Membaca dan Manual Instrumen Literasi Membaca serta satu ( 1 ) satu salinan Manual Am  bagi setiap guru Bahasa Malaysia Tahun 2.

3.       3. Mencetak dua ( 2 ) salinan Instrumen Saringan 1 Numerasi Lisan dan Manual Instrumen Numerasi Lisan serta satu ( 1 ) satu salinan Manual Am  bagi setiap guru Matematik Tahun 1.

4.     4.   Mencetak dua ( 2 ) salinan Instrumen Saringan 4 Numerasi Lisan dan Manual Instrumen Numerasi Lisan serta satu ( 1 ) satu salinan Manual Am  bagi setiap guru Matematik Tahun 2.

5.       5. Mencetak Borang Pelaporan Penguasaan Individu mengikut jumlah murid Tahun 1 dan murid LINUS bagi Tahun 2 ( boring dilampirkan di belakang bahagian manual )

TAKLIMAT PELAKSANAAN DAN EDARAN CD INSTRUMEN ( LISAN ) , SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4 2011


Dengan hormatnya surat Kementerian Pelajaran Malaysia Ruj. KP (TKPP-SOP) 801/001/10(95) bertarikh  16 Februari 2011 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sehubungan itu, Setiausaha LINUS sekolah tuan diminta menghadiri taklimat tersebut sebagaimana ketetapan berikut:

                        Tarikh            : 2 Mac 2011 (Rabu)
                        Masa               : 8.30 pagi
                        Tempat           : Dewan Seminar PPD Pasir Puteh

Tuan juga diminta membawa enrolmen pelajar Tahun 1, 2011 dan enrolmen murid LINUS Tahun 2, 2011 ( berdasarkan selepas Saringan 3 Tahun 2010 seperti dalam portal NKRA).

3.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, bolehlah menghubungi Encik Dunaizi bin Jusoh di talian 09-7855119/013-9601968 atau Puan Hafzan bt Husin di talian 013-9166890.

Segala kerjasama dan sokongan daripada tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.